Terubat rindu di hati untuk pulang meraikan aidilfitri di kampung halaman.<br />Demikian luahan hati sebilangan pelajar Universiti Malaya (UM) yang mula bergerak pulang ke destinasi masing-masing pada Jumaat malam.<br />Di sebalik keterujaan untuk berkumpul bersama keluarga tercinta bagi meraikan Syawal, Prosedur Operasi Standard (SOP) kekal dipatuhi untuk memastikan keselamatan diri dan keluarga.
